Scha Elinnea dijual hingga jadi GRO?

Scha Elinnea dijual hingga jadi GRO?

Tanpa angin, tanpa ribut, tiba-tiba timbul cerita pelakon sensasi, Scha Elinnea, 23, terjerumus ke lembah hitam gara-gara kekhilafan diri.

Hanya kerana kedegilan, naif dan terlalu percaya pada lelaki, bintang yang terkenal dengan imej seksi ini dijual untuk dijadikan pelayan khidmat pelanggan atau GRO.

Meremang bulu roma saat mendengar perkhabaran itu kerana meskipun sering berpakaian seksi dan memuat naik foto beraksi sensual di laman Instagram (IG), namun, agak mustahil untuk Scha memilih jalan hitam ketika namanya sedang hangat mendaki populariti.

Tunggu dan jangan cepat membuat andaian kerana pekerjaan GRO yang tersebar itu hanyalah sekadar watak Raina Badrina yang dijayakannya dalam drama rantaian berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan untuk siaran slot Samarinda di TV3.

“Dalam drama ini, saya memegang watak Raina, anak tunggal dan seorang gadis kampung. Raina sangat manja dengan ibunya, namun, dalam masa sama, degil.

“Raina mempunyai teman lelaki dan sering keluar bersama hingga lewat malam. Suatu hari, Raina terpengaruh dengan hasutan teman lelaki dan melarikan diri ke kota.

“Kemudiannya dijual untuk dijadikan GRO. Dari situ, karakter Raina berubah. Daripada seorang berjiwa manja, namun, perlu kental kerana menjadi GRO. Dalam masa sama, mahu mempertahankan maruah,” cerita Scha kepada BH Online.

 

BACA JUGA :

Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta

Kisah mangsa jejak scammer sampai dapat balik duit

Mana hilangnya tudung Nelydia Senrose?, Tular gambar baharu

COMMENTS

Wordpress (0)