Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula zul ariffin zul ariffin kahwin biodata zul ariffin zul ariffin wife isteri zul ariffin zul ariffin dan ruhainies drama zul ariffin instagram zul ariffin zul ariffin ig

 

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula. Baru-baru ini, aktres Ruhainies menghasilkan satu video gimik bagi mempromosikan produk kesihatan miliknya dengan menampilkan aktor Zul Ariffin sebagai pasangan dalam sebuah majlis perkahwinan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @ruhainies7

Selepas seminggu berlalu, seorang pengguna aplikasi TikTok @fyzalbabjan memuat naik klip antara di sebalik tabir pembikinan video tersebut yang memaparkan aksi ‘romantis’ Zul bersama aktres berusia 30 tahun itu.

Klip berdurasi 17 saat itu kelihatan aktor filem Penunggang Agama baring di atas paha Ruhainies sambil melelapkan mata selain disaksikan oleh beberapa individu yang lain.

@fyzalbabjan

Love @ruhainies777 🌹

♬ original sound – surajpalshigh

Ruhainies kemudian dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur dengan lena.

Bagaimanapun, klip meraih 1.8 juta tontonan itu menerima ribuan kritikan netizen yang kurang senang apabila melihat batas pergaulan kedua-dua pelakon sebagai seorang Muslim.

Selain itu, tidak kurang juga terdapat netizen berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Rasa macam dah nikah?

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Lain aura, nampak macam suami isteri?

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Dah boleh kahwin tu

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Tak takut dosa ke?

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Normal la kehidupan artis

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Terdahulu, Ruhainies memuji tindakan Zul yang tampil memohon maaf selepas kontroversi video babak panas dengan pelakon baru Siti Hariesa yang dilakonkan menerusi drama Perempuan itu.

Ruhainies berkata, aktor tersebut adalah profesional dan sudah pasti akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

TONTON :

BACA:

Cara elak anak tengok iklan lucah di Youtube, hanya ubah setting ini

Liyana Jasmay dilihat berdoa cara orang kristian

Kecoh data pengguna Mysejahtera dijual, ini respon KJ

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)