Shuk Sahar jadi tetamu jemputan TV dedah kisah rumah tangga, sekali ini yang jadi..

Shuk Sahar jadi tetamu jemputan TV dedah kisah rumah tangga, sekali ini yang jadi.. shuk sahar fara salleh shuk curang shuk hot fm skandal shuk shuk fara salleh video shuk sahar shuk dan isteri shuk sahar curang

Shuk Sahar jadi tetamu jemputan TV dedah kisah rumah tangga, sekali ini yang jadi… Nama pelawak, pelakon, dan pengacara Shuk Sahar kembali menjadi sebutan netizen. Ia susulan selepas selebriti itu diundang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program bual bicara yang dihoskan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi.

Dijemput Untuk Kongsi Kisah Rumah Tangga

Menerusi hantaran di akaun Instagram rancangan tersebut, Shuk dilihat sedang ditemu bual oleh Aznil atau dikenali ramai sebagai Pak Nil mengenai kisah rumah tangganya yang pernah bergolak sebelum ini disebabkan isu curang.

Shuk Sahar jadi tetamu jemputan TV dedah kisah rumah tangga, sekali ini yang jadi..

Walaubagaimanapun, pemilihan Shuk sebagai tetamu undangan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang berpendapat stesen televisyen tersebut hanya mahu mengejar rating semata-mata. Malah ada yang berpendapat isteri kepada Shuk, Rossa Sera yang seharusnya menjadi tetamu jemputan program itu.

Terdahulu, Shuk menjadi perhatian ramai berikutan beberapa dakwaan dia pernah berlaku curang dengan isterinya, Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassiah Asshaferah yang pernah tampil mendedahkan bukti.

Sekadar info, Shuk dan Rossa mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assifati Aimi yang kini berumur dua tahun.

TONTON :

BACA:

Hanya untuk cantik, berdarah telinga budak kena cucuk, ini yang terjadi

Kecoh ramai guru bersara awal, ini cerita sebenar dari cikgu

Aeril Zafrel hadiahkan bangunan RM3.2 Juta kepada Wawa Zainal

COMMENTS

Wordpress (0)