Suara dah sumbang, peminat minta Amy Search berhenti menyanyi

Suara dah sumbang, peminta minta Amy Search berhenti menyanyi. Peminat gesa Amy Search berhenti menyanyi, “dah makin sumbang..”Era kegemilangan kumpulan lagenda tanah air.

‘Search’ pastinya dikenali di setiap pelosok Asia dan juga dunia. Alunan lagu berjudul ‘Isabella’ terutamanya sentiasa mendapat tempat di hati peminat tidak kira usia dan bangsa.

Penyanyi yang bernama Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih mesra disapa dengan nama panggilan ‘Amy Search’ kini masih menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu yang tidak lapuk ditelan zaman.

Terbaru, menerusi perkongsian akaun yang bernama Dean Nsx Station di Tiktok, beliau berkongsi beberapa klip nyanyian terbaru Amy. Merujuk pada ruangan komen, rata rata memberikan kata kata positif dan ada juga yang meminta Amy supaya berehat kerana kelihatan seperti tidak mampu lagi membawa lagu dengan baik.

Lihat klip nyanyian lagu Isabella:

Suara dah sumbang, peminta minta Amy Search berhenti menyanyi

Jom lihat juga apa kata komen komen daripada orang ramai menerusi aplikasi Tiktok Dean:

Part pitching tinggi dia selalu suruh audience support, duduk rumah lah Amy, awak dah tak boleh nyanyi, sumbang. Bungkusss

Berterabur muzik..atau sound system barai .tu beza band malaysia dgn luar negara..luar negara tk bagus di tak main. jaga nama

Rasenya suara ok je. arrangment music atau volume tu telalu kuat sehingga mic tk kedengaran jelas.

Dihujung usia sepatutnya kne pencen dh. bnyk kn habis masa ditempat majlis² ilmu dekatkan diri dgn Allah Taala.

Jika dilihat dalam media sosial, difahamakan ramai juga peminat dilihat menghent4m Amy dan Nasir serta lebih memihak kepada Noordin dan Kid.

Dalam masa yang sama, ramai juga bersetuju dengan tindakan Amy dan Nasir bergabung kembali dengan Man Kidal dan Hillary yang juga nama yang besar dalam kalangan peminat Search.

Berdasarkan reputasi dan populariti, nama Amy, Nasir, Man Kidal dan Hillary sudah cukup besar sekali gus mudah untuk menarik peminat rock.

Bagaimanapun, apa yang berlaku ini sedikit-sebanyak turut merosakkan nama Search. Paling jelas ialah peminat Search sudah terbahagi kepada dua. Satu yang menyokong Noordin dan Kid, satu lagi menyokong Amy dan Nasir.

Kronologi kntroversi Search bermula selepas Amy mengumumkan dia berundur daripada Search.

Difahamkan, ketika itu wujud perselisihan faham di antara Amy dan Nasir.

Bagaimanapun, kemuncak kepada kntroversi ini ialah apabila Nasir, Amy dan waris keluarga pemain dram, Allahyarham Yazit Ahmad mendakwa pemilik syarikat Home of Champions, Mozylir Mokhtaruddin, Noordin dan Kid menggunakan nama Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran mereka.

Maka, selepas itu bermulalah ‘perang’ kenyataan di antara mereka sama ada di media arus perdana dan media sosial.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh DaebaKing (@daebakingz)

BACA:

Gadis dedah jodoh disebalik resit, lain kali jangan buang

Wanita terpijak berlian bernilai hampir RM100,000 waktu mendaki bukit

Hairul Azreen, Janna Nick dan Hun Haqeem berentap dalam Mobile Legends