Tular murid RMT hanya terima nasi putih, kuah dalam makanan.

Tular murid RMT hanya terima nasi putih, kuah dalam makanan.Tular di media sosial pada Rabu pelajar penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya memuat naik sekeping gambar makanan itu sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut.

 

“Cucu saudara bawa balik dekat mak dia makanan RMT. Sedih betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah?

“Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Tambah wanita itu, sebelum ini pelajar sering mengadu makanan RMT tidak sedap namun diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.

Tular murid RMT hanya terima nasi putih, kuah dalam makanan.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan MT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya.

Murid

Justeru, wanita itu menggesa kerajaan menyiasat isu tersebut agar tiada pihak yang tertekan.

“Saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan kita?

“Hal begini bukan hendak menyalahkan pihak kantin sepenuhnya. Bajet rendah, kementerian harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati,” tulisnya lagi.

Baca:Lee Zii Jia akhirnya tinggalkan BAM

COMMENTS

Wordpress (0)