Tular Nissan Serena terlupa letakkan semula nozel pam minyak hampir tumbang

Tular Nissan Serena terlupa letakkan semula nozel pam minyak hampir tumbang.Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena terlupa meletakkan semula nozel di stesen minyak sehingga menyebabkan pam minyak di premis tersebut hampir tumbang.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 10 saat yang dikongsikan di media sosial Facebook, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Kota Kemuning, Selangor.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila pemandu MPV berkenaan singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan tanpa meletakkan semula nozel di pam minyak.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan sempat mengundurkan kenderaannya sebaik mengetahui nozel dan hos telah tercabut.

Situasi yang jarang-jarang berlaku itu sempat dirakam oleh seorang pemandu lain yang kebetulan berada di stesen berkenaan.

Susulan perkongsian itu, orang ramai mengecam tindakan lelaki yang berada di belakang kenderaamn tersebut yang didakwa tidak membantu untuk menekan hon, malah hanya merakam sambil berkata kesat.

“Yang rakam tu kena sedar sebenarnya awak itu sedang di uji Allah. Awak telah gagal kerana pentingkan diri je. Cuba la hon atau bagi tahu sebelum pemandu tu masuk kereta,” jelas @haslinlan.

“Pemandu yang rakam itu sepatutnya keluar lah dari kereta atau panggil pemandu. Mungkin pemandu terlupa,” kata @norapril.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih dua ribu tontonan dan 3.8 ribu tanda suka di laman aplikasi Facebook.

BACA: 4 sekawan perompak diberkas Polis Tak sampai 24 jam

COMMENTS

Wordpress (0)