Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta

Ustaz Kazim dakwa ada 'Datuk Seri' tawar bon bernilai RM4.7 juta

Datuk Mohd Kazim Elias mendedahkan beliau didatangi seorang scammer yang dipercayai menggunakan gelaran Datuk Seri dengan memberi bon berjumlah 1 juta Euro atau sekitar RM4,700,000.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik beliau, Kazim memberitahu individu tersebut turut menawarkan pertolongan untuk mengubati sakitnya ketika hadir menziarahi Pusat Tahfiz Al Barakah pada Sabtu.

“Dalam keadaan sakit, datang pula ‘Datuk Seri’ beri sumbangan bon 1 juta Euro kepada Al Barakah. Lepas ini boleh tumpu kepada sekolah sahaja dan tak payah keluar berceramah.

“Menggigil tangan bila dia serahkan tadi.

“Mula-mula kata nak ziarah, kemudian nak tolong berbuat dan selepas itu beri bon. Awas Jangan sampai anda tertipu,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Kazim turut mengingatkan mana-mana pemilik pusat tahfiz supaya lebih berhati-hati dengan tindakan scammer yang berani datang bersemuka seperti yang beliau lalui.

“Dia ingat kami di Al Barakah bodoh agaknya.

“Kepada pengusaha tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan orang sakit seperti saya berhati-hatilah dengan scammer yang begitu berani dan terang-terangan sekarang ini,” jelasnya.

Untuk rekod, Kazim sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami sakit misteri yang dihidapi sejak tahun 1997 dan sudah banyak kali menjalani pemeriksaan di hospital namun tidak bertemu puncanya.

Meninjau di ruangan komen, beberapa netizen memberitahu bon yang kelihatan seperti wang kertas itu adalah palsu dan ia boleh dibeli secara atas talian.

“Dekat Shopee duit ini banyak dijual, dia ingat lawak ke?

“Bon tak sama bentuk macam duit kertas. Jadi yang ustaz dapat ini, orang itu mahu scam.

“Buat laporan polis. Ajar penyangak itu dengan undang-undang,” komen netizen.

 

BACA JUGA :

Kisah mangsa jejak scammer sampai dapat balik duit

Mana hilangnya tudung Nelydia Senrose?, Tular gambar baharu

Husam dedah kontraktor balak ‘anak beranak’ exco Kelantan?

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta […]

  • […] Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta […]

  • […] Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta […]