[VIDEO] Didakwa pernah berkahwin, DS Mahadi tampil jelaskan dakwaan

Didakwa pernah berkahwin, DS Mahadi tampil jelaskan dakwaan.Umum mengetahui, penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Setelah seminggu mendirikan rumah tangga, ada pula yang mendakwa bahawa suami kepada Heliza merupakan seorang duda dan dikatakan pernah berkahwin sebelum ini.

Ini perkahwinan kedua suami Heliza?

Ketika ditemu bual dalam rancangan Wanita Hari Ini, pengacara Uyaina Arshad sempat mengajukan soalan ‘panas’ mengenai status Datuk Seri Mahadi kerana terdapat sesetengah netizen mendakwa bahawa suami Heliza itu pernah berkahwin.

Didakwa pernah berkahwin, DS Mahadi tampil jelaskan dakwaan

Datuk Seri ada yang berkata ini adalah perkahwinan kedua. Mungkin disini adalah peluang dan ruang yang mana Datuk Seri dan isteri, Heliza Helmi memberi penjelasan.

Walau bagaimanapun, usahawan berusia 38 tahun itu mengatakan bahawa mereka sendiri agak terkejut apabila membaca komen-komen seperti itu dan menegaskan bahawa dia masih lagi teruna serta bujang terlajak.

Bila saya tengok komen-komen tu saya sendiri yang terkejut. Heliza pun terkejut ‘eh kahwin dua? Pernah kahwin ke sebelum ni?’ Tak, jadi saya nak klarifikasikan semua ini sebelum kahwin saya ni teruna bujang trang tang-tang so bujang terlajak lagi lah.

Umur 38 baru lah dapat bidadari syurga yang telah diizinkan oleh Allah untuk dijadikan suami dan isteri. Semoga kami berkekalan till jannah insyaAllah.

BACA JUGA : Ustaz Azhar beritahu bahawa umat Islam tak boleh bersih rumah ibadat lain, sekali ini reaksi padu Zakir Naik
Ini Profil Dan Fakta Menarik Dato’ Sri Mahadi Yg Ramai Tak Tahu

COMMENTS

Wordpress (0)