Wanita dedah pengalaman tidur dengan Hilman

Wanita dedah pengalaman tidur dengan Hilman

Seorang wanita yang mendakwa dirogol pembantu Hilman Idham, memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, bahawa dia melakukan kesilapan apabila jatuh cinta dengan ADUN Gombak Setia itu.

Memetik laporan FMT, wanita itu berkata, dia terpikat dengan perwatakan menarik Hilman dan menyifatkan ADUN itu sebagai kekasih “budiman” yang meminta “kebenaran” apabila menidurinya.

“Satu-satunya kesilapan saya kerana jatuh cinta dengan ahli politik. Saya tertarik dengan daya penariknya dan kepintarannya. Beliau sangat mengambil berat. Dia mengambil berat terhadap diri saya dan membuatkan diri saya rasa istimewa.

Saya tidak menjangka beliau menganjurkan sambutan hari jadi saya sebanyak dua kali.

“Saya jatuh cinta dengannya, tiada kepentingan politik,” katanya ketika memberi keterangan.

Wanita itu berkata demikian dalam pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, sama ada dia membawa kes dakwaan rogol terhadapnya kerana kepentingan politik.

Wanita dedah pengalaman tidur dengan Hilman

Wanita berusia 33 tahun itu mendakwa dia dibawa ke sebuah bilik di Dorsett Hartamas ketika mabuk dan mendakwa dirogol pembantu Hilman, Mohd Zulfahimin Mahdzir, selepas parti hari jadi pada 5 Dis 2020.

Wanita itu menegaskan kejadian berlaku pada malam itu antaranya dengan Zulfahimin bukan sukarela dan menyatakan ia berbeza dengan Hilman.

“Setiap kali sebelum saya tidur bersama Hilman, beliau akan pastikan saya sedar kami tidur bersama. Beliau budiman dan akan mendapatkan kebenaran saya dulu.

 

BACA JUGA :

Ekonomi Malaysia : “Kami yakin berada di landasan yang betul”

Zuraida bakal jumpa PM untuk letak jawatan menteri

Tauke besar ayam semua cina, tauke ayam melayu ini kongsi cerita….