Wanita musykil dua minggu rumah bau petai rupanya

Wanita musykil dua minggu rumah bau petai rupanya.Seorang wanita menarik perhatian netizen di media sosial gara-gara menceritakan kisah berkenaan bau petai yang tidak hilang di rumahnya selama dua minggu, laman berita lapor Suara.com.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @indomigorengtelur.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita itu berkata bahawa dia sekeluarga telah menghidu bau petai selama dua minggu, namun tidak diketahui datang dari mana.

Suaminya memberitahu bahawa bau itu mungkin datang daripada wanita itu sendiri kerana dia yang memakan petai.

Bagaimanapun, dia tidak percaya akan perkara tersebut kerana bau itu bukan sahaja dihidu dari ruang tamu, malah di dalam bilik tidur.

Baca :Durian Musang king, IOI, D24 tak laku

Pada suatu hari, kemusykilan itu terjawab apabila mereka menemui beberapa biji buah petai yang diletakkan di dalam ruang penapis air oleh anak mereka sendiri.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

““Hahaha nak marah pun tak boleh, akhirnya hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum kepada anak,” tulis seorang netizen.

“Minyak wangi asli berperisa petai,’’ tulis netizen lain.

Baca juga :2 ADUN DAP Sabah umum keluar parti

COMMENTS

Wordpress (0)