Wanita terperanjat menemui burung pelik mulut besar dan berbunyi menyeramkan


Wanita terperanjat menemui burung pelik mulut besar dan berbunyi menyeramkan.Di masyarakat dunia, burung hantu dikaitkan dengan pelbagai kisah dongeng dan mitos ada yang mengaitkan kemunculan burung ini dengan kematian atau kemalangan namun di beberapa tempat lain, burung hantu dianggap pembawa untung atau nasib baik.
Seorang wanita yang sedang berjalan-jalan di ladang telah ternampak satu ‘pokok’ yang agak unik dan sedikit ganjil. Namun, ketika dia cuba menghampirinya dan melihat dengan lebih dekat, wanita ini terkejut besar apabila mendapati ianya bukan kayu tetapi seekor burung yang agak menyeramkan.Ingatkan Pokok Kayu, Wanita Terperanjat Menemui Burung Pelik Bermulut Besar Dan Berbunyi Menyeramkan – sajagempak.com
Burung yang ditemui oleh wanita itu merupakan burung potoo yang juga dipanggil urutaú yang bermaksud ‘burung hantu’ dan ia merupakan sejenis burung yang biasa ditemui di habitat hutan yang terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Menurut wanita ini, dia terkejut apabila mendapati burung yang pada mulanya disangkanya batang kayu itu tiba-tiba membuka mata dan mulutnya dengan besar hingga mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.
Tambahnya lagi, burung itu kelihatan langsung tidak bergerak sehingga dia betul-betul berada dekat dengannya.
The urutaú, or ghost bird, is known for its cry similar to a human wail and is rarely seen during the day. pic.twitter.com/s90dQld7y8
— 🌊🌊Raymond Alvarado, LLM🌊🌊 (@Raymond_LLM) March 9, 2021
Wanita ini kemudiannya berundur menjauhkan diri dari burung tersebut dan sempat mengambil gambar dan video burung Potoo itu. Menurut jiran wanita ini, burung spesis itu tidak pernah dilihat di situ selama lebih 15 tahun.
Bunyi yang dikeluarkan oleh burung Potoo itu ketika membuka mulutnya dengan besar itu seakan bunyi manusia menggilai dan boleh buat bulu roma kita meremang saat mendengarnya, lebih-lebih lagi jika dengar pada waktu malam.