Wanita terpijak berlian bernilai hampir RM100,000 waktu mendaki bukit

Wanita terpijak berlian bernilai hampir RM100,000 waktu mendaki bukit. Itulah dikatakan rezeki tersepak apabila niat untuk mendaki namun telah menemui sejenis batu yang sangkaan awalnya hanya sekadar batu biasa, namun telah disahkan oleh pakar ianya bukan lah batu biasa namun sebiji berlian yang bernilai RM91,917. Sama-samalah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar kita juga dimurahkan rezeki dan seterusnya dikurniakan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Yakinlah bahawa Allah SWT adalah Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

LITTLE ROCK, ARKANSAS – Tuah menyebelahi seorang wanita apabila dia menemui sebutir berlian dianggarkan bernilai lebih AS$22,000 (RM91,917) di taman negeri Arkansas, Amerika Syarikat dan dibenarkan menyimpan mineral berharga itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Noreen Wredberg, ketika menemui berlian itu sedang mendaki bersama suaminya, Michael Wredburg di Taman Negeri Crater of Diamonds apabila dia terlihat sebutir objek berwarna kuning berkilau yang berada di atas tanah.

“Saya tidak tahu bahawa ia merupakan berlian, namun objek itu amat bersih dan berkilau. Jadi, saya mengutipnya,” kata Noreen.

Wanita terpijak berlian bernilai hampir RM100,000 waktu mendaki bukit

Wanita itu kemudiannya membawa berlian tersebut kepada pihak berkuasa taman negeri yang kemudiannya mengesahkan bahawa ia merupakan berlian tulen.

Berlian itu bersaiz kira-kira sebutir kacang jeli dengan bentuk seperti buah pir dan berwarna kekuning-kuningan seperti lemon.

Dalam pada itu, seorang pakar berlian dan barang kemas, David Allen berkata, berdasarkan saiz, berlian yang dijumpai Noreen itu boleh dijual pada harga antara AS$20,000 hingga AS$30,000 (RM83,563 hingga RM125,344) berdasarkan kepekatan warna kuningnya.

“Semakin pekat dan cantik warna kuningnya, semakin tinggi nilainya.

“Ia adalah satu penemuan yang amat berharga dan Noreen amat bertuah kerana menemuinya,” ujarnya.

BACA:

Pendapatan minima RM1,000 kini mampu miliki rumah, ini caranya…

Raih pendapatan RM300 ribu hanya dengan selongkar sampah

“Guna KWSP khas labur saham lepas tu terus muflis”, lelaki kongsi cerita