YADIM cadang keluarkan permainan video Islamik dalam talian

YADIM cadang keluarkan permainan video Islamik dalam talian.Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bercadang menerokai penghasilan produk permainan video Islamik sebagai antara pendekatan dakwah bagi menangani cabaran teknologi yang memanipulasi agama dan minda masyarakat.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, berkata cadangan itu sedangkan diusahakan dan akan dikemukakan kepada pihak berkenaan.

Katanya, penerokaan penghasilan produk itu adalah berikutan cabaran teknologi berkenaan yang memberi kesan terhadap generasi muda di negara ini.

“Saya saban kali bermesyuarat dengan rakan di YADIM. Kalau kita boleh buat seperti `Islamic Game’, tapi ini memerlukan kepakaran dan kemahiran.

“Dari segi kandungan, kita ada ustaz yang mempunyai ilmu. Tinggal lagi nak bawa ilmu masuk dalam teknologi yang ada. Ini yang kita hendak usahakan sekarang dengan menyediakan proposal (cadangan) kepada pihak berkenaan,” katanya kepada HarakahDaily.

Dari segi teknologi, Nasrudin berkata, YADIM boleh bekerjasama dengan rakan strategik agensi itu, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang mempunyai kemahiran dan tenaga pengajar untuk menghasilkan produk berkenaan.

Sebelum ini, katanya MMU bekerjasama sebagai pembekal teknologi terhadap produk YADIM, iaitu Program Dai’e Muda dengan menggunakan pendekatan tekno-daie.

Baca :Tuan Ibrahim dedah sebab Khairuddin di gugurkan

“Dai’e diajar membuat animasi dan filem pendek. Dai’e mempunyai ilmu dan content (kandungan), tetapi memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknologi supaya boleh dipersembahkan sesuai dengan naluri dan cita rasa anak muda sekarang,” katanya.

Beliau menyifatkan cabaran teknologi sebagai getir kerana pemainan video dalam talian menyebabkan sesetengah generasi muda Islam tidak lagi pergi ke surau dan masjid, sebaliknya lebih berada dalam dunia mereka sendiri.

“Kalau kita tengok dunia anak muda dengan kegilaan 4G sahaja sudah menunjukkan mereka tak pedulikan dunia lain. Mereka seperti tiada di dunia ini, tapi duduk dalam dunia talian. Sebahagian mereka, saya sifatkan macam orang bunian. Tiada di alam nyata, tapi ada dalam talian dan jumlah mereka ramai.

“Saya tak kata orang lain, saya perhati anak saya sendiri. Kalau cuti sekolah, mereka tak macam kita zaman kanak-kanak dulu, keluar dengan jiran, main tarik upih kelapa, main gasing, ada komunikasi dan interaksi,” katanya.

Baca :Kisah S.Shamsuddin yang ramai tak tahu
Baca :Tempah baju kahwin dikait dengan Shuib, akhirnya Nana dedah segalanya

COMMENTS

Wordpress (0)