Zafrul mahu jadikan Kuala Selangor daerah angkat MOF

Zafrul mahu jadikan Kuala Selangor daerah angkat MOF

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Ahad mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

“Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam. Mereka ada menyuarakan hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.

“Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini, dan alhamdulillah ia telah diluluskan dan insya-ALLAH akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di sini malam ini.

Beliau berkata bagi pembinaan stesen ECRL yang lain, pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul juga mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya.

Bercakap kepada media, beliau berkata, bagaimanapun semua kementerian serta agensi kerajaan akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini termasuklah di Kuala Selangor.

Mengenai program lawatannya yang dikatakan selalu dibuat di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa beliau melakukan lawatan di pelbagai kawasan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di daerah itu sahaja.

 

BACA JUGA :

Tidak adil salahkan kerajaan negeri jika berlaku kes jenayah

Scha Elinnea dijual hingga jadi GRO?

Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Zafrul mahu jadikan Kuala Selangor daerah angkat MOF […]